awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bakal terima 500,000 vaksin Sinovac dalam masa seminggu

Bernama
Bernama
16/05/2021
00:07 MYT
Sarawak bakal terima 500,000 vaksin Sinovac dalam masa seminggu
Sarawak bakal menerima 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri dalam tempoh seminggu. -Gambar fail
SIBU: Sarawak bakal menerima 500,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac yang dibeli melalui inisiatif kerajaan negeri dalam tempoh seminggu, kata Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee.
Dr Annuar berkata tambahan 500,000 dos vaksin jenis sama juga akan diterima Sarawak selepas itu.
Namun beliau tidak menyatakan jumlah kos yang ditanggung kerajaan negeri untuk membiayai pembelian vaksin tersebut.
"Vaksin ini juga akan diberi secara percuma oleh kerajaan negeri kepada hospital swasta untuk membantu mempercepatkan program imunisasi Sarawak," katanya ketika bersiaran langsung melalui media sosial miliknya malam tadi.
Sementara itu, Dr Annuar yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata pusingan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi daerah Sibu untuk golongan warga emas akan diadakan pada 18 dan 19 Mei ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Sibu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sinovac
#vaksin
#Sarawak
#Annuar Rapaee
#Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#PPV
#Pusat Pemberian Vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan