KUCHING: Jangkaan peningkatan sehingga 8.5 bilion populasi manusia seluruh dunia menjelang 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) memberi kelebihan buat Sarawak.
Bersandarkan ‘UN’s World Population Prospects 2022’ itu juga, purata jangka hayat global adalah sekitar usia 77.2 tahun, menjelang 2050.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berkata, kerajaan negeri memandang serius kriteria masyarakat dunia ini sebagai pemboleh ubah kepada usaha Sarawak mengukuhkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Justeru, Sarawak jelasnya, akan fokus kepada dua peluang ekonomi yang paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan pemantapan sumber bekalan makanan dalam negeri bagi memenuhi permintaan penduduk dunia, khasnya di benua Asia.
“Dunia kini berdepan isu perubahan iklim, dan Sarawak kini mencari penyelesaian terutama bagi mengurangkan pelepasan karbon menggunakan teknologi, serta meminda Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Ordinan Perhutanan, bagi tujuan mewujudkan Kawasan Penyimpanan Karbon (CCS).
“Sarawak bertuah kerana menjadi salah satu lokasi penyimpanan karbon yang diiktiraf dunia selain di kawasan utara dunia, Amerika Syarikat, Afrika dan di Asia terutama di kepulauan Borneo,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Dialog Rangkaian Perniagaan yang turut dihadiri wakil-wakil Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) di sini semalam.
Tambah Abang Johari, dengan purata usia global yang majoritinya komuniti warga emas, ia akan meningkatkan keperluan makanan asas dan fasiliti kesihatan yang baik untuk keperluan kelompok ini.
“Asia akan menjadi benua yang didiami manusia yang paling ramai, dengan 8 bilion penduduk.
"Ini adalah peluang untuk Sarawak meningkatkan produktiviti dalam industri makanan, yang juga diperlukan bagi memenuhi kehendak kelompak usia emas 70 tahun ke atas, yang mempunyai nisbah terbesar di seluruh dunia.
“Secara tidak langsung, kelompok ini akan memerlukan strategi kebajikan yang diformulasikan dengan baik, termasuk bekalan makanan dan fasiliti kesihatan, khusus untuk keperluan mereka.
"Maka kita perlukan hospital serta perkhidmatan kesihatan yang baik untuk komuniti global ini,” ujarnya.
Dalam ucapannya juga, beliau memberi gambaran jelas untuk meneruskan kerjasama dengan Singapura sebagai platform perdagangan dan pemasaran produk Sarawak, khasnya berasaskan makanan, ke pasaran antarabangsa.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Jul 13 2022
Abang Johari berkata, kerajaan negeri memandang serius kriteria masyarakat dunia sebagai pemboleh ubah kepada usaha Sarawak mengukuhkan PCDS 2030. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.
Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 6.0 peratus tahun 2022 - Uggah
Ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara 5.0 ke 6.0 peratus pada tahun 2022 susulan peningkatan 26.6 peratus atau RM100.26 bilion jumlah perdagangan negeri pada tahun 2021.
Kelulusan Belanjawan 2021 penting untuk ekonomi Sarawak - Penganalisis
Menerusinya, projek pembangunan luar bandar dapat diteruskan selain mengangkat kembali ekonomi rakyat ketika tempoh pandemik ini.
Abang Johari umum Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Sarawak 2021 bernilai RM9.832 bilion.
Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 4 peratus tahun ini - Abang Johari
Pertumbuhan positif itu, katanya, dipacu terutamanya daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan.