awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
29/01/2021
10:19 MYT
Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
Pada mesyuarat itu, Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUCHING:Sarawak memohon peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kempen tersebut berjaya.
Malah, bagi memastikan program restorasi landskap hutan itu berhasil, kepentingan membangunkan tapak semaian yang mampu membekalkan 600,000 spesis pelbagai jenis harus diberi penekanan.
"Untuk itu, Sarawak memohon Kerajaan Pusat untuk mempertimbangkan dana sebanyak RM20 juta bagi tujuan tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-12," katanya selepas mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-78 yang diadakan secara dalam talian pada Jumaat.
Pada mesyuarat itu, Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam mesyuarat sama, Awang Tengah turut memaklumkan kejayaan pelaksanaan “One Day Registration” dan kini Jabatan Tanah dan Survei mempertingkatkan kecekapan pendaftaran dengan melaksanakan 100 peratus “Same Day Registration” pada tahun 2020.
Beliau turut menjelaskan penggunaan portal eLasis juga telah mempertingkatan keupayaan dalam urusan berkenaan pentadbiran tanah di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Kempen Penanaman 100 Juta pokok
#Sarawak
#Penghijauan Malaysia
#Awang Tengah Ali Hasan
#Restorasi landskap hutan
#Majlis Tanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan