awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu bekerjasama dengan China dalam perubatan herba - Abang Johari

Bernama
Bernama
19/08/2023
23:15 MYT
Sarawak mahu bekerjasama dengan China dalam perubatan herba - Abang Johari
Abang Johari berucap pada majlis makan malam gala Persidangan Cina Muslim Antarabangsa 2023 di Kuching malam tadi. - Facebook Dr Sim Kui Hian
KUCHING: Sarawak mahu menjalin kerjasama dengan China dalam bidang perubatan herba bagi meninjau potensi serta manfaatnya bagi negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, ini berikutan Sarawak yang kaya dengan hasil biodiversiti dan tanaman herba, juga mempunyai persekitaran yang bersesuaian bagi usaha mempromosi perubatan herba berkenaan.
"Pada masa ini, kita juga telah menubuhkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dan memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi pembinaan kemudahan ini.
"Oleh itu, mungkin (bidang perubatan herba) boleh menjadi tumpuan kerjasama itu. Saya juga maklum di China terdapat universiti-universiti yang bagus dalam perubatan herba yang boleh kita libatkan dalam meneroka peluang menjalankan penyelidikan secara bersama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam gala Persidangan Cina Muslim Antarabangsa 2023 di sini, malam tadi.
Persidangan selama tiga hari yang berakhir semalam, turut menghimpunkan kalangan cendekiawan, pemimpin dan pakar Islam dari serata dunia untuk membincangkan isu-isu penting membabitkan masyarakat Cina Muslim selain meninjau pendekatan bagi mempromosi keharmonian antara agama.
Abang Johari berkata, Malaysia dan China juga mempunyai sejarah kerjasama erat serta diplomatik yang harus diteruskan, terutama dalam aspek perkongsian ilmu.
"Terdapat pepatah mengatakan seseorang itu perlu mencari ilmu walaupun perlu merantau jauh sehingga ke China. Ini disebabkan oleh tamadun mereka yang maju.
"Malah, sehingga ke hari ini misalnya, Sarawak turut bekerjasama dengan China. (Projek) Transit Aliran Autonomi (ART) kita juga adalah dari China selain sedang bekerjasama dengan Huawei bagi mewujudkan bandar pintar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
#China
#perubatan herba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan