awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu latih belia jadi operator jentera berat - Menteri Muda

Bernama
Bernama
09/07/2017
01:29 MYT
Sarawak mahu latih belia jadi operator jentera berat - Menteri Muda
LEN TALIF: Mereka yang memiliki lesen mengendali jentera berat mampu memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sejam. - Gambar fail
Sarawak mahu melatih lebih ramai golongan belia untuk menjadi operator jentera berat pada tahun depan.
Menteri Muda Pembangunan Modal Insan dan Latihan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kemahiran mengendali jentera itu dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka seterusnya meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Menurut beliau, perbincangan dengan pembekal-pembekal jentera berat di negeri ini untuk menentukan latihan yang akan ditawarkan.
"Ini adalah pendekatan kita untuk membantu anak-anak muda mendapatkan lesen supaya boleh digunakan untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka," katanya semasa penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Selalang 2017 di Dewan Masyarakat Kampung Selalang pada Sabtu.
Beliau berkata, mereka yang memiliki lesen mengendali jentera berat mampu memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM50 sejam.
Terdahulu, beliau memuji langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganjurkan program SKSJ bagi membantu rakyat luar bandar mendapatkan lesen memandu dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Anggota Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman dan Pengarah JPJ Sarawak Mohamad Syafiq Anas Abdullah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#ekonomi
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#jentera berat
#latihan
#Len Talif Salleh
#operator
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan