awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mampu capai sasaran lima juta pelancong tahun ini

Bernama
Bernama
27/05/2025
03:20 MYT
Sarawak mampu capai sasaran lima juta pelancong tahun ini
Sektor pelancongan Sarawak sedang mencatat pertumbuhan yang kukuh apabila lebih 1.6 juta pengunjung direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menjadikannya berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran lima juta pelancong pada 2025.
KUCHING: Sektor pelancongan Sarawak sedang mencatat pertumbuhan yang kukuh apabila lebih 1.6 juta pengunjung direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menjadikannya berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran lima juta pelancong pada 2025.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah ketibaan pelancong setakat ini turut memberinya keyakinan bahawa Sarawak mampu mencatat hasil pelancongan sebanyak RM12.73 bilion tahun ini.
"Hasil pelancongan mencecah RM12.45 bilion pada 2024, meningkat daripada RM9.99 bilion pada 2023. Dari Januari hingga April tahun ini sahaja, kita telah menjana sebanyak RM4.07 bilion," katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
Beliau berkata, Sarawak menerima 4.83 juta pelawat pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya dan melebihi angka sebelum pandemik pada 2019 sebanyak 3.63 peratus.
Abdul Karim berkata, majoriti pelancong antarabangsa ke Sarawak masih datang dari negara-negara ASEAN dengan Brunei Darussalam berada di kedudukan teratas dengan 1.89 juta pelawat, diikuti Indonesia (653,883), Singapura (59,793) dan Filipina (46,853).
Sementara itu, beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Sarawak telah memperuntukkan RM382.57 juta, ditambah dengan RM136.44 juta melalui Projek Rakyat serta RM49.9 juta daripada dana Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mempertingkatkan infrastruktur pelancongan.
Abdul Karim berkata, antara projek yang telah siap termasuk kerja pemuliharaan kubu bersejarah, kemudahan ekopelancongan di Taman Negara Santubong, naik taraf Pusat Pelancongan Air Terjun Melasak serta penambahbaikan di Kampung Budaya Sarawak.
Mengenai program Sarawak-Malaysia My Second Home (SMM2H), beliau berkata, program berkenaan telah menunjukkan peningkatan minat sejak 2020 dan sehingga Mei 2025, sebanyak 3,141 permohonan telah diluluskan sejak ia diperkenalkan pada 2007.
"Pada tahun lepas, sebanyak 560 kelulusan di bawah SMM2H telah membawa masuk RM111.6 juta dalam bentuk deposit tetap, manakala 265 kelulusan pada awal 2025 telah menambah RM65.3 juta lagi," katanya sambil menambah bahawa penyertaan tertinggi dalam program berkenaan datang dari China, United Kingdom, Taiwan, Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Pelancongan Sarawak
#jumlah pelancong
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan