KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super Sarawak United dan Melaka United mempunyai sehingga 31 Jan untuk menyelesaikan tunggakan gaji musim lepas, atau berhadapan dengan sekatan perpindahan pemain secara automatik pada 1 Feb.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata selepas tempoh itu, pasukan tersebut akan mempunyai 14 hari lagi bagi menyelesaikan tunggakan gaji itu, dan jika gagal mereka akan berhadapan dengan pemotongan mata.
Disember lepas, pemain Sarawak bersetuju dengan terma yang ditetapkan kelab itu berkaitan dengan tunggakan gaji mereka.
Bagaimanapun Melaka, mempunyai sehingga 31 Jan untuk menyelesaikan tunggakan atau mendapatkan persetujuan pemain untuk terma pembayaran.
"Sehingga hujung tahun lepas, Sarawak masih berhutang dengan 39 pemain dan pegawai. 15 daripada mereka telah dibayar sepenuhnya.
"Saya sedang bekerjasama rapat dengan PFAM (Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia) mengenai perkara ini. Jumlah yang lain perlu dibayar sebelum 31 Jan.
"Jika mereka tidak dibayar atau tidak ada sebarang pelanjutan masa persetujuan, sekatan perpindahan pemain secara automatik akan dikenakan.
"Sarawak perlu menunjukkan bukti resit pembayaran (tunggakan gaji) atau persetujuan ditandatangani oleh pemain, jika tidak kami akan ambil tindakan," katanya ketika taklimat secara maya mengenai kalendar Liga Malaysia (Liga-M) pada Rabu.
Mengenai Melaka pula, Stuart berkata tiada sebarang laporan rasmi mengenai tunggakan gaji pemain, walaupun ia telah viral di media sosial.
Beliau berkata tindakan diambil PFAM adalah tepat, dan beliau yakin bahawa PFAM akan dapat membantu menyelesaikan masalah itu menerusi perbincangan.
Semalam PFAM menuntut agar Melaka untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain sebelum 19 Jan dan mendakwa gaji pemain dalam skuad utama tertunggak tiga bulan, manakala gaji pemain Piala Presiden dua bulan setengah.
Stuart menjelaskan, daripada 22 pasukan dibenarkan bertanding dalam Liga-M 2022, hanya tiga pasukan iaitu Sarawak, Melaka dan Perak menghadapi masalah tunggakan gaji, pada akhir musim lepas.
Untuk Perak pula, beliau berkata pengurusan baharu pasukan kini bekerja rapat bersama MFL, bagi menangani isu berkaitan pengambilalihan kelab itu, termasuk hutang yang ada.
Sementara itu Stuart menjelaskan bahawa, tiga pasukan itu berjaya memperoleh lesen untuk musim 2022 disebabkan isu gaji hanya timbul pada akhir-akhir musim lepas, selepas proses lesen telah diselesaikan pada 30 Jun tahun lepas.
Belajar daripada pengalaman, MFL telah membuat keputusan untuk bersetuju dengan permohonan PFAM untuk menangguhkan tarikh akhir pelesenan kelab sehingga 30 Sept, bagi mengatasi masalah tersebut.
"Ada yang mungkin bertanya, kenapa kita tidak tangguhkan proses pelesenan sehingga hujung musim iaitu November.
"Ini kerana kita perlu menghantarkan senarai pasukan yang dibenarkan untuk bertanding dalam Liga-M kepada Persekutuan Bolasepak Asia pada 30 Okt," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Stuart berkata selepas tempoh itu, pasukan tersebut akan mempunyai 14 hari lagi bagi menyelesaikan tunggakan gaji itu, dan jika gagal mereka akan berhadapan dengan pemotongan mata. - Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.