SAMARAHAN: Sarawak mungkin dapat mengatasi Johor sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di negara ini pada hujung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Mohd Khairuzamri M Salleh berkata buat masa ini, Sarawak berada di tempat kedua di belakang Johor selaku pengeluar terbesar, dengan keluasan tanaman nanas mencecah 9,782 hektar dan mampu mengeluarkan 181,000 matrik tan nanas setahun.
Selain itu, katanya Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
"Saya percaya pada hujung RMK12, kita dapat menyaksikan Sarawak mungkin boleh 'potong' Johor jadi pengeluar terbesar (nanas) di Malaysia," katanya selepas merasmikan Ladang Sungai Ulu Moyan, Asajaya, di sini, hari ini.
Khairuzamri berkata, Sarawak memiliki sumber yang sangat besar, bagi meningkatkan lagi penanaman nanas termasuk secara berkelompok seperti di Ladang Sungai Ulu Moyan, Asajaya.
Beliau berkata lebih kurang 60 hektar ladang tersebut sudah dibangunkan dengan tanaman nanas, dan terdapat lebih 300 hektar lagi ladang itu yang boleh dibangunkan, dengan tanaman terbabit.
"Kelompok ini telah berjaya menguruskan ladang dengan sangat baik, dan menerapkan teknologi yang telah kita sampaikan menerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Khairuzamri berkata pihaknya menyasarkan produk industri nanas di Sarawak dieksport ke luar negara seperti ke Brunei, Jepun, China, kerana Sarawak lebih dekat dengan negara-negara itu berbanding Semenanjung.
"Dalam RMK12 ini, kita menyasarkan supaya semua usahawan nanas ini mencapai pendapatan sehingga RM8,000 sebulan," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk Sarawak terutama yang berusia 40 tahun ke bawah untuk menceburi penanam nanas, dengan memanfaatkan pelbagai bantuan dan skim ditawarkan pihaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022
Buat masa ini, Sarawak berada di tempat kedua di belakang Johor selaku pengeluar terbesar. - Gambar hiasan
Pegawai MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Bertauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.
Nanas kembar lapan jadi tarikan di Alor Setar
Daripada 2,000 pokok yang ditanamnya, sebiji nanas dari baka MD2 didapati bercantum dan berbentuk seperti kipas.
LPNM seru lebih ramai terlibat tanam nanas
LPNM tawar bantuan kepada pemain industri yang berminat dengan tanaman itu, termasuk latihan dan menjadi pemudah cara dalam pemberian insentif.