awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak pasang tukun tiruan terpanjang, pelihara ekonomi komuniti maritim

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2020
22:46 MYT
Sarawak pasang tukun tiruan terpanjang, pelihara ekonomi komuniti maritim
Pada Isnin, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hadir menyaksikan 1,200 unit tukun tiruan ditanam di perairan sekitar kawasan Muara Tebas ke Sebuyau. -Gambar Astro AWANI
Sarawak kini melangkah secara pantas dalam memulihara alam sekitar serta ekosistem hidupan marin di perairan negeri itu dengan pelaksanaan ‘Sarawak Reef Ball Project’.
Usaha yang menelan belanja RM70 juta itu sedang giat dijalankan di bawah projek rakyat yang dikawal selia oleh kerajaan negeri.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, projek ini memainkan peranan penting bagi memastikan perairan negeri tidak sewenang-wenangnya diceroboh oleh pukat tunda haram yang boleh menyebabkan ekonomi perikanan negeri itu terjejas.
“Aktiviti yang dapat memudaratkan ekosistem perikanan, aktiviti pukat tunda haram di kawasan sekitar dapat diatasi dengan adanya tukun tiruan ini.
“Ia juga akan melindungi kegiatan ekonomi para nelayan sepanjang pesisir pantai,” tegasnya.
Jelas Abang Johari, projek tukun tiruan sepanjang 1,200 kilometer ini akan memberi impak besar kepada komuniti maritim.
Abang Jo hadir pada pelancaran penanaman tukun tiruan di Muara Tebas di Kuching pada Isnin. -Gambar Astro AWANI
Abang Jo hadir pada pelancaran penanaman tukun tiruan di Muara Tebas di Kuching pada Isnin. -Gambar Astro AWANI
Jajaran tukun tiruan yang digambarkan melalui peta Sarawak. -Gambar Astro AWANI
Jajaran tukun tiruan yang digambarkan melalui peta Sarawak. -Gambar Astro AWANI.
Kata beliau, secara keseluruhan, projek ini akan dipasang bermula dari Tanjung Datu sehingga ke Lawas. Ujarnya lagi, ia bakal membuka peluang ekonomi yang lebih luas termasuk mewujudkan sumber eko pelancongan baharu buat negeri itu.
“Apa yang kita lakukan adalah memelihara dan melindungi kawasan persisir pantai, persekitarannya termasuk ekosistem dan kehidupan liar di sana.
“Lama kelamaan ia akan menjadi tempat menyelam buat pelancong. Pihak kita akan berusaha meletakkan peruntukan tambahan bagi menjayakan projek ini,” katanya.
Menurut Ketua Menteri Sarawak itu lagi, projek tukun tiruan tersebut bakal menjadi antara yang terpanjang di dunia.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara pelancaran penanamannya di perairan Muara Tebas pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri Sarawak
#Sarawak Reef Ball Project
#Tukun Tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan