awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak Pay bantu warga Bumi Kenyalang berurus niaga dengan selamat

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2020
08:28 MYT
Sarawak Pay bantu warga Bumi Kenyalang berurus niaga dengan selamat
Setakat 5 Januari lalu, Sarawak Pay telah merekodkan 190,400 pengguna dan 11,600 peniaga berdaftar dan telah menjana nilai transaksi berjumlah RM 175 juta. - FOTO: Facebook / Sarawak Pay
Tatkala masyarakat berjaga-jaga mengelakkan risiko terdedah kepada penularan COVID-19, pelbagai insiatif diperkenal untuk terus membantu memudahkan urusan seharian mereka.
Tidak ketinggalan aplikasi e-dompet di Sarawak iatu Sarawak Pay yang turut menjadi pililhan warga Bumi Kenyalang di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung.
Aplikasi sebegini bukan sahaja memudahkan transaksi malah ia lebih cepat dan selamat kerana tidak melibatkan penggunaan wang tunai.
Bagi seorang pengguna, Mohd Nazirul Haziq Mohd Musa, dengan adanya aplikasi ini ia juga membantu memudahkan urusan melakukan pembayaran bil utiliti.
“Aplikasi ini sangat membantu kerana tidak perlu keluar dari rumah dan paling penting banyak urusan boleh diselesaikan di hujung jari.”
Selain itu bagi Koh Jia Lim yang juga merupakan pengguna aplikasi ini, ia bukan sahaja memudahkan malah pengguna berpeluang menikmati ganjaran yang ditawarkan.
“Bukan sahaja proses transaksinya mudah, malah sekiranya anda kerap menggunakan aplikasi ini, pasti akan ada ganjaran yang sangat menguntungkan pengguna.”
Sarawak Pay diperkenalkan pada November 2017 seterusnya menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama yang memiliki aplikasi e-dompetnya sendiri.
Setakat 5 Januari lalu, Sarawak Pay telah merekodkan 190,400 pengguna dan 11,600 peniaga berdaftar dan telah menjana nilai transaksi berjumlah RM 175 juta.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#COVID-19
#e-dompet
#pembayaran bil utiliti
#perintah kawalan pergerakan
#Sarawak Pay
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan