awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasatan kes bunuh di Sri Aman selesai, tiada DNA asing pada senjata
Sabah mengalu-alukan pembukaan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Istana Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perlukan perhatian kerajaan Pusat dalam penyediaan dialisis luar bandar

Bernama
Bernama
15/01/2024
22:20 MYT
Sarawak perlukan perhatian kerajaan Pusat dalam penyediaan dialisis luar bandar
Lukanisman (tengah) melawat sekitar fasiliti klinik dan Unit Hemodialisis Klinik Kesihatan Song dalam siri Jelajah Borneo Tahun 2024, 15 Jan 2024. - Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
KAPIT: Sarawak memerlukan perhatian dan perancangan khas daripada kerajaan Pusat bagi penyediaan perkhidmatan dialisis khususnya di kawasan luar bandar.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ini kerana pada masa ini belum ada pihak swasta yang mahu menyediakan perkhidmatan itu di kawasan luar bandar.
Mengambil Hospital Kapit sebagai contoh, beliau berkata terdapat pesakit yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan dialisis di Klinik Kesihatan Song berikutan kekurangan ruang dan mesin dialisis di hospital tersebut.
Menurut Lukanisman terdapat 64 pesakit yang memerlukan perkhidmatan dialisis di Kapit namun jumlah itu terlalu ramai untuk ditangani unit dialisis Hospital Kapit, menyebabkan 12 hingga 20 orang daripada mereka terpaksa dihantar ke Klinik Song yang terletak sejauh kira-kira 52km dari Kapit untuk mendapatkan perkhidmatan dialisis.
"Ada di antara mereka mendapatkan perkhidmatan dialisis di luar Bahagian Kapit dan di Klinik Kesihatan Song sendiri terdapat 30 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan dialisis," katanya ketika ditemui selepas melawat klinik tersebut semalam.
Pemasangan mesin tambahan tidak dapat dilakukan berikutan masalah ruang yang tidak mencukupi selain peruntukan dana pembangunan diperlukan untuk tujuan tersebut.
"Perancangan awal perlu dilakukan supaya ada peruntukan khas sekiranya projek itu disenaraikan di bawah Bajet 2025.
"Kita akan melihat pembangunan Hospital Kapit secara menyeluruh dan bukan sekadar pembangunan sedikit demi sedikit tetapi menjadikannya sebagai hospital yang lengkap dengan pakar minor," katanya sambil menambah masalah penyediaan perkhidmatan dialisis di luar bandar turut dibangkitkan di kawasan lain yang dilawatinya iaitu di Sri Aman, Serian, Bintulu dan Miri.
Sementara itu beliau berkata, sebanyak RM19 juta diperuntukkan kepada Sarawak untuk menaik taraf klinik kesihatan di bawah program Bitara Madani tahun ini dan daripada jumlah itu, RM2.7 juta akan digunakan untuk menaik taraf enam klinik kesihatan di Bahagian Kapit.
"Klinik tersebut ialah Klinik Kesihatan Nanga Ibau, Klinik Kesihatan Nanga Bena, Klinik Kesihatan Nanga Tekalit, Klinik Kesihatan Nanga Bangkit, Klinik Kesihatan Long Busang dan Klinik Kesihatan Nanga Melinau," katanya sambil menambah penaiktarafan Klinik Kesihatan Nanga Sekeruh menggunakan peruntukan di bawah program yang sama telah selesai pada tahun lepas.
Lukanisman turut mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Nanga Tekalit, Klinik Kesihatan Ngungun dan Klinik Kesihatan Machan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan dialisis
#luar bandar
#Lukanisman Awang Sauni
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan