awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2020
07:53 MYT
Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan
Kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menandatangani perjanjian penyelesaian komersial pada 7 Disember ini.
KUCHING:Kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menandatangani perjanjian penyelesaian komersial pada 7 Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Negeri, Datuk Amar Asfia Awang Nassar berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan ke atas terma-terma ditetapkan.
“Selepas perbincangan lanjut antara kerajaan negeri dan Petronas bersetuju dengan terma-terma penyelesaian komersial.
“Jawatankuasa Perundingan pada mesyuarat hari ini dimaklumkan mengenai skop, ciri dan terma-terma penting Penyelesaian Komersial selain faedah serta kelebihan ketara yang akan diperolehi Sarawak menerusi perjanjian ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.//
Tambah Asfia, perjanjian itu akan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion mewakili Kerajaan Sarawak manakala Petronas akan diwakili pengerusinya Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.
"Butiran terperinci mengenai perjanjian itu akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian," katanya.
Perjanjian yang akan berlangsung di Kuala Lumpur itu disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Pada Mei lalu, Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan dan Petronas telah bersetuju untuk menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan cukai jualan negeri (SST) tanpa melibatkan tindakan undang-undang.
Malah sebelum ini tindakan undang-undang yang dilakukan oleh kedua-dua pihak telah digugurkan pada Ogos selepas mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara itu di meja rundingan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Petronas
#perjanjian penyelesaian komersial
#Abang Johari Tun Openg
#Jaul Samion
#Muhyddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan