KUCHING: Sebanyak 264 kes pembalakan haram telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh di antara 2020 dan 2022, kata Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata dalam tempoh berkenaan balak dianggarkan bernilai RM4,027,150 turut dirampas, selain RM1.6 juta kompaun bagi kesalahan hutan berjaya dikutip.
"Sebanyak 15 kes telah didaftar untuk pendakwaan di mahkamah, dengan 12 kes diselesaikan, lima orang tertuduh disabitkan kesalahan, manakala tiga kes lagi masih dalam proses perbicaraan," katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani pembalakan haram, selain mewujudkan polisi yang jelas dan peruntukan undang-undang yang kukuh bagi memerangi kegiatan itu.
"Selain itu, penggunaan teknologi canggih seperti dron, satellite imagine, hyperspectral, geospatial dan berkolaborasi dengan agensi penguatkuasa yang lain," katanya.
Sementara itu Awang Tengah berkata penilaian bagi Taman Negara Niah di utara Sarawak sebagai calon Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan dijalankan oleh International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) di antara Jun dan Ogos ini.
Menurutnya taman negara berkenaan telah didaftarkan dalam senarai tentatif calon tapak warisan dunia pada 26 Jan lepas dan diluluskan untuk penilaian dua hari kemudian oleh Pusat Warisan Dunia di Paris.
"Program publisiti seperti online campaign, video dokumentari dan program penglibatan komuniti akan terus dijalankan untuk meningkatkan kesedaran awam bagi menyokong dan mengukuhkan pencalonan Taman Negara Niah sebagai tapak warisan dunia kedua di Sarawak (selepas Taman Negara Gunung Mulu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Dalam tempoh berkenaan balak dianggarkan bernilai RM4,027,150 turut dirampas, selain RM1.6 juta kompaun bagi kesalahan hutan berjaya dikutip. - Gambar hiasan
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.