awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
02/02/2023
07:00 MYT
Sarawak rekod pendapatan tertinggi negeri RM11.9 bilion pada 2022 - Abang Jo
Abang Johari, sumbangan tertinggi kepada peningkatan tersebut adalah Cukai Jualan Negeri (SST) iaitu RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai RM6.7 bilion.
KUCHING: Sarawak merekodkan pendapatan tertinggi dalam sejarah untuk hasil pada tahun 2022 sebanyak RM11.9 bilion iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada pendapatan yang diunjurkan RM10.2 bilion.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumbangan tertinggi kepada peningkatan tersebut adalah Cukai Jualan Negeri (SST) iaitu RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai RM6.7 bilion.
“Di bawah kategori hasil cukai, Cukai Jualan Negeri (SST) menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip. Produk bercukai di bawah SST, antara lain, terdiri daripada produk minyak dan gas, produk kelapa sawit dan aluminium.
“Prestasi yang lebih baik dalam kutipan SST adalah disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi pada 2022 untuk produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit,” katanya dalam sidang media khas di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis.
Sebelum ini Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu mengumumkan unjuran pendapatan Sarawak bagi tahun 2023 sejumlah RM11.04 bilion pada November lalu.
“Jadi kalau melihat kepada itu (pendapatan 2022), kita jangka dalam keadaan normal tahun 2023 juga akan dapat lebih daripada RM12 bilion kerana tahun 2022 hasil pendapatan kita lebih dari yang dijangkakan,” katanya lagi.
Untuk makluman, sebelum SST dikenakan ke atas produk minyak dan gas, khususnya bagi tahun kewangan 2018, hasil kutipan ketika itu ialah RM7.2 bilion.
Sehubungan itu, prestasi hasil bagi tahun kewangan 2022 Sarawak menyaksikan peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 2018.
Topic Berkaitan
#pendapatan Sarawak
#Cukai Jualan Negeri
#Abang Johari Tun Openg
#Ekonomi Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan