awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan Maxis terjejas susulan kebakaran Menara di Kuala Kangsar pulih sepenuhnya
Kopi Waktu tonjol identiti Kedah, promosi sektor pelancongan - Raja Muda Kedah
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sambut baik titah YDP Agong fokus bantu rakyat, henti politiking

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
26/10/2020
08:15 MYT
Sarawak sambut baik titah YDP Agong fokus bantu rakyat, henti politiking
Beliau bersetuju dengan nasihat Al-Sultan Abdullah kepada ahli politik untuk menghentikan agenda politik ketika negara menghadapi COVid-19. - Astro AWANI
LUNDU:Memegang prinsip mengutamakan rakyat, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tidak mengisytiharkan darurat ni negara ini.
Malah Abang Johari bersetuju dengan nasihat Seri Paduka Baginda kepada ahli politik untuk menghentikan agenda politik ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
“Kita menjunjung kasih kepada Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang telah memberi nasihat yang begitu baik terutamanya untuk ahli politik supaya jangan terlalu banyak politiking.
“Keduanya, untuk rakyat Malaysia bersatu dalam keadaan COVID-19 ini yang bagi kita di Sarawak kita menjunjung kasih dan akan patuh dengan nasihat daripada Seri Paduka Baginda," katanya Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Al-Sultan Abdullah.
Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.
Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
Topic Berkaitan
#Sarawak titah Agong
#Abang Johari setuju titah Agong
#hentikan politiking
#COVID-19
#Malaysia bersatu
#tangani COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan