Kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyambut baik usaha diplomasi kerajaan China yang akan menghantar lapan pakar perubatan bagi membantu Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah menentang COVID-19.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian pasukan pakar ini akan bekerjasama dengan beberapa pasukan kesihatan di Sarawak termasuk institusi kesihatan kerajaan, swasta, dan institusi pengajian tinggi awam.
Menurut Dr Sim kesemua pakar tersebut akan berada di Sarawak selama tiga hari bermula 26 April depan.
“Saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menyenaraikan Sabah dan Sarawak dalam perkara ini.
"Kesemua lapan pakar ini akan berkongsi kepakaran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Hospital Umum Sarawak, UNIMAS dan persatuan perubatan tradisional Cina,” katanya semasa sidang media harian JPBN Sarawak pada Sabtu.
Menerusi sidang media sama yang dipengerusikan Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengumumkan bahawa aktiviti menuai untuk tahun ini dibenarkan namun dengan syarat hanya dua orang sahaja dibenarkan berada dalam sesebuah kenderaan.
Antara lain, pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile serta wakil sah terpilih yang mendapat persetujuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.
Namun untuk setiap premis yang dibenarkan ini mereka perlu patuh kepada syarat-syarat yang digariskan oleh JPBN.
“Antaranya beroperasi pada Rabu dan Jumaat, daripada jam 10 pagi sehingga 4.00 petang, bilangan pekerja tidak melebihi tiga orang setiap waktu.
“Selain itu mereka perlu mengehadkan jumlah pelanggan, mengamalkan penjarakan sosial dalam premis serta wajib melaksanakan langkah saringan dan pencegahan demi keselamatan pekerja dan pelanggan,” tambah Uggah.
Setakat Sabtu (18 April), Sarawak mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 secara keseluruhan sebanyak 403 kes dengan enam kes baharu hari ini.
Manakala dua lagi kes positif sembuh dilaporkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan di Sarawak setakat ini kepada 57 kes.
135 kes baharu Person Under Investigation (PUI) juga direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes PUI keseluruhan kepada 3,319 kes.