awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tentukan hala tuju eksplorasi minyak dan gas dua minggu lagi

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2020
03:07 MYT
Sarawak tentukan hala tuju eksplorasi minyak dan gas dua minggu lagi
Abang Johari pernah membayangkan Sarawak bakal mempunyai sumber pendapatan baharu daripada hasil minyak dan gas. - Foto: Astro AWANI
SIBU:Hala tuju eksplorasi minyak dan gas Sarawak akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika mengulas mengenai perancangan masa depan kerajaan Sarawak berhubung sumber asli di negeri itu.
“Kita ada kuasa kita dalam melaksanakan cukai minyak dan gas.
“Ada lagi yang akan saya lakukan dua minggu dari sekarang berkaitan minyak dan gas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Rabu.
Sarawak dijangka akan memulakan eksplorasi sumber minyak dan gasnya di negeri ini berdasarkan peruntukan di bawah Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.
Sebelum ini Abang Johari membayangkan bahawa Sarawak bakal mempunyai sumber pendapatan baharu daripada hasil minyak dan gas.
Malah beliau juga pernah mengulangi kenyataan sama mengenai sumber asli berkenaan yang terdapat di kawasan utara Sarawak.
Beliau yakin dengan sumber baharu itu akan memberikan pulangan lumayan bagi menjamin masa depan Sarawak yang lebih cerah.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#minyak
#gas
#petroleum
#OMO
#rakyat
#menteri
#cukai
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Abang Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan