Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan semalaman bagi setiap bilik kepada kerajaan negeri.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana keputusan tersebut berbeza dengan aturan sebelumnya.
Menurut beliau kerajaan Sarawak dijangka mengemukakan satu memorandum bersama kerajaan Sabah untuk mengadakan rundingan dengan Kuala Lumpur mengenai isu cukai itu dan meminta pemberita menyemak dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tentang perkara berkenaan.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat dengan pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pendidikan Khas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini pada Isnin.
Rabu lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) berkata cukai pelancongan akan hanya dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 sebilik semalaman dan kementerian berkenaan merancang untuk memulangkan RM1 bagi setiap RM10 cukai yang dikutip itu kepada kerajaan negeri bagi tujuan memajukan pelancongan.
Bagaimanapun, awal bulan lepas, beberapa portal berita melaporkan bahawa Nazri berkata Sabah dan Sarawak akan menjadi penerima terbesar cukai pelancongan kerana "wang itu akan diagihkan secara sama rata mengikut wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), bukan mengikut negeri kerana sekiranya Perlis mendapat jumlah yang sama dengan Sarawak, maka ia tidak adil".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana keputusan tersebut berbeza dengan aturan sebelumnya.- Gambar dari facebook.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [17 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [17 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927585831610843197089/1885883_18971211541610843454403_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [17 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas
Lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, sebelum bertindak merogolnya di tandas lokap.

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara di ambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

Kaunter LHDN Sandakan tutup esok dan lusa untuk sanitasi
Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan, Sabah ditutup esok dan lusa bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Gesa kerajaan beri wang ihsan, royalti minyak kepada Pahang - Pemuda UMNO Bera
Isu sama pernah dibangkitkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun lepas.

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan sehingga Jun 2021 - Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Dis ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Pengenalan semula GST boleh dilaksana seawal 2022 - Penganalisis
Pengenalan semula GST tidak sesuai dijalankan ketika fasa pemulihan ekonomi iaitu pada tahun akan datang.

GST dilaksanakan semula selepas kajian terperinci - Kementerian Kewangan
Kerajaan hanya akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kajian terperinci dilakukan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Penternak kerugian RM202,909 diperdaya 'pegawai LHDN'
Mangsa diarah untuk membuka pautan URL yang diberikan untuk mengisi maklumat peribadi untuk 'siasatan lanjut'.

ESSCOM tahan 2 lelaki, rampas 10,000 bungkus rokok bernilai lebih RM149,000
Kira-kira jam 2.30 pagi, sepasukan anggota ESSCOM dengan kerjasama polis Batalion 14 PGA membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Jambatan 9, Kampung Hidayat.

DUN Sabah luluskan Belanjawan negeri 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.

Kerajaan tidak pernah gagal bayar hutang ikut jadual ditetapkan
Kerajaan setakat ini tidak pernah gagal membayar hutang mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.

LHDN lanjut waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur sehingga 31 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL) untuk memberi kemudahan kepada pembayar cukai melunaskan baki cukai tertunggak sehingga 31 Dis ini.