awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawal Delta Geopark di landasan tepat terima pengiktirafan UNESCO

Bernama
Bernama
03/04/2025
08:36 MYT
Sarawal Delta Geopark di landasan tepat terima pengiktirafan UNESCO
Kerajaan negeri turut yakin sasaran bagi hala tuju itu akan tercapai seperti yang dirancang, dengan penilaian pengiktirafan oleh UNESCO dilaksana tahun ini. - Bernama
KUCHING: Kerajaan negeri berada di landasan yang tepat untuk mengangkat Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp) menjelang 2026.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata kerajaan negeri turut yakin sasaran bagi hala tuju berkenaan akan tercapai seperti yang dirancang, dengan penilaian pengiktirafan oleh UNESCO dilaksana tahun ini.
"Kita semua perlu memainkan peranan untuk pastikan sasaran ini tercapai sebab jika terlepas kali ini, kita kita tidak akan dapat mendaftar sebelum tahun 2026... dan ia mengambil masa beberapa tahun untuk memohon semula.
"Setakat ini, kita masih berada di landasan betul sebab kita sudah menghantar dokumen berkaitan pelan tindakan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi penubuhan AirBorneo, syarikat penerbangan baharu Sarawak yang wujud hasil pengambilalihan MASwings Sdn Bhd, UNESCO juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Pada Oktober lepas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri sedang berusaha memenuhi kriteria ditetapkan untuk mendapat kelulusan UNESCO.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sarawak delta geopark
#Unesco
#pengiktirafan
#kerajaan negeri Sarawak
#Pelan Tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan