KUALA LUMPUR : Sarawak berperanan besar dalam memajukan sektor peralihan tenaga serantau melalui perkongsian tenaga hidro melibatkan negara-negara jiran melalui kesalinghubungan antara wilayah.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan kerjasama antara wilayah itu adalah penting bagi bergerak ke arah masa depan tenaga yang lebih mapan terutama di sektor Asia Tenggara.
Abang Johari turut mendedahkan, Sarawak telah mengorak langkah dalam bidang kesalinghubungan tenaga melalui sambungan Borneo Power Grid ke Kalimantan Barat pada tahun 2016.
Beliau mengakui kejayaan projek tersebut mendorong Sarawak untuk meneroka sambungan yang serupa ke negara Brunei Darussalam dan Singapura.
“Sarawak juga sedang mengusahakan perjanjian pertukaran tenaga dengan Brunei Darussalam untuk mengeksport elektrik.
“Sarawak juga menerokai grid kuasa Borneo sebagai sebahagian daripada grid kuasa di rantau ASEAN.
"Sarawak Energy bersama-sama rakan kongsi mereka Sembcorp Industry dan Singapore Power Group telah menyelesaikan kajian teknikal yang komprehensif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Kelestariam dan Tenaga Boleh Diperbaharui edisi ketiga (SAREF 3.0).
Tegasnya lagi, SAREF merupakan platform penting untuk mencapai matlamat Sarawak dan menggalakkan peluang untuk meneroka peluang perkongsian tenaga antara wilayah.
Bertemakan ‘sifar bersih serantau dan komuniti lestari’ forum kali ini akan memberi tumpuan kepada inisiatif bersih – sifar serantau serta pembangunan dan penyelesaian tenaga hijau.
SAREF 3.0 dianjurkan Sarawak Energy serta disokong Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak berlangsung selama dua hari, bermula Rabu dan Khamis, 7 September di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Astro Awani
Wed Sep 06 2023

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Kelestariam dan Tenaga Boleh Diperbaharui edisi ketiga (SAREF 3.0) pada Rabu. - Astro AWANI

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.
[TERKINI] Tawaran sukarela konsortium pelaburan baharu jangka panjang - MOF
MOF menjelaskan tawaran sukarela oleh konsortium yang dianggotai KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham merupakan pelaburan baharu jangka masa panjang KWSP.
Kerajaan sedia semak Akta Anti Dskriminasi
Kerajaan berpandangan tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum pada masa ini, sebaliknya memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Suspek ugut pemandu grab, lori untuk melarikan diri daripada polis
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek turut bertindak mengugut orang awam termasuk pemandu grab dan pemandu lori untuk bergerak ke lokasi berasingan. #AWANInews
Elak guna 'runner' buat pemeriksaan di PUSPAKOM
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap isu integriti membabitkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) terutama yang meluluskan pemeriksaan kenderaan berat tidak selamat.
Dewan Rakyat terima lawatan delegasi Parlimen UK
Dewan Rakyat hari ini menerima lawatan delegasi Parlimen United Kingdom.
Selepas kes tembak di Setia Alam, suspek terlibat lima lagi kes
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selepas terbabit dengan kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, suspek melakukan lima lagi kes jenayah lain di lokasi berasingan. #AWANInews
Suspek kes tembak pusat beli-belah terlibat dalam 15 kes berasingan
Suspek terbabit kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor pada 8 Februari lalu, turut terlibat dalam 15 kes berasingan di beberapa lokasi lain sejak pertengahan tahun lepas. #AWANInews

Kim Sae-ron alami kemurungan, masalah kewangan, sempat tukar nama sebelum ditemui mati
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada unsur jenayah di lokasi penemuan Sae-ron dan siasatan masih dijalankan.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

SAREF 3.0: Sarawak berperanan besar majukan sektor peralihan tenaga serantau
Kerjasama antara wilayah itu adalah penting bagi bergerak ke arah masa depan tenaga yang lebih mapan terutama di sektor Asia Tenggara.