awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan akan disemadi di Sri Aman

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/02/2023
10:56 MYT
Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan akan disemadi di Sri Aman
Sandra (kiri) berkata, meskipun terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun dia reda dengan pemergian suaminya itu. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Jasad mendiang Sarjan Jana Anak Milie, 51, yang ditemukan maut dengan kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas semalam akan disemadikan di kampung halamannya di Sri Aman, Sarawak.
Jasad mendiang dijangka dibawa pulang dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.
Terdahulu, jasad bapa kepada tiga cahaya mata itu dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.10 petang tadi dengan menggunakan kenderaan jenazah persendirian.
Turut kelihatan isteri dan anak serta saudara-mara yang datang dari Sarawak.
BACA: Sarjan polis ditemui maut dengan kesan tembakan di leher, dada, kepala
Isterinya, Sandra Anak Kuno, 50, berkata, mendiang suaminya sudah 32 tahun berkhidmat dalam pasukan polis tinggal di Pulau Pinang bersamanya dan anak bongsu, manakala dua lagi anak mereka menetap di Sri Aman.
Jasad bapa kepada tiga cahaya mata itu dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.10 petang tadi dengan menggunakan kenderaan jenazah persendirian. - Foto Asro AWANI
Jasad bapa kepada tiga cahaya mata itu dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.10 petang tadi dengan menggunakan kenderaan jenazah persendirian. - Foto Astro AWANI
Sandra berkata, meskipun terkejut dengan kejadian yang berlaku, namun dia reda dengan pemergian suaminya itu.
"Dia seorang suami yang baik, suka dengan anak-anak dan peramah dengan semua orang, selalu bergurau serta tidak pilih kawan sama ada lelaki atau perempuan.
"Saya reda dengan apa yang berlaku. Kami tinggal di sini sama-sama. Dia tidak tunjuk sebarang apa-apa tanda. Sembang, makan, minum dan tidur macam biasa," katanya ketika ditemui petang tadi.
Sandra berkata, jasad mendiang suaminya akan disemadi mengikut adat resam kaum Iban selama tiga hari dan dikebumikan di Kampung Sutong, Sri Aman, Sarawak, pada Jumaat ini.
Pada Ahad, mayat anggota polis berpangkat Sarjan itu ditemui dengan kesan tembakan pada kepala, leher dan dada di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas sekitar 3.30 petang.
Turut ditemui sepucuk pistol bersamanya di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#Sarjan polis maut
#kesan tembakan
#Jana Anak Milie
#Sri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan