awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di IPD Rembau

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/07/2023
04:26 MYT
Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di IPD Rembau
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (gambar) berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu merupakan kakitangan IPD itu. - Gambar fail/BERNAMA
REMBAU: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan. 
 Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu juga merupakan kakitangan IPD itu. 

“Pada 6.30 petang semalam, pihak IPD Rembau telah menerima maklumat berkaitan seorang pegawai polis yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala. 
 “Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini. 
 Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu. 
 “Pihak polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga mangsa,” tambahnya,
Topic Berkaitan
#sarjan polis
#ditemui maut
#IPD Rembau
#kesan tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan