PIL perancang kehamilan di pasaran sekarang semuanya dibangunkan untuk wanita.
Selain pil suntikan hormon, IUD dan kondom adalah tiga lagi cara yang boleh digunakan bagi mengelakkan kehamilan.
Penyelidik dari Baylor College of Medicine, Texas telah menemui sebuah sebatian yang mempunyai potensi digunakan sebagai pil perancang kehamilan untuk lelaki.
Penyelidik mendapati protein serine/threonine kinase 33 (STK33) adalah diperlukan untuk memastikan kesuburan sperma pada manusia dan juga tikus.
Sekiranya pengeluaran protein STK33 dapat dihalang, kemampuan sperma untuk bergenang dapat dikurangkan sekali gus mengurungkan kesuburan pada lelaki.
Dalam ujian pada tikus makmal, sebatian CDD-2807 berjaya menghalang pengeluaran STK33 dengan berjaya tanpa kesan jangka panjang seperti pengumpulan toksik pada otak.
Lebih penting sekali ialah selepas CDD-2807 tidak lagi diambil, STK33 dihasilkan semula membolehkan tikus kembali subur dan membiak.
Ujian ke atas CDD-2807 akan diteruskan pula pada primat sebelum ujian ke atas manusia pula dilakukan.
Dua tahun lalu sebatian YCT529 didapati berjaya mensasarkan protein RAR-α yang diperlukan untuk pembahagian sel spermatozoa.
Apabila dikurangkan pada tubuh ia mampu memandulkan tikus jantan dengan kemampuan membiak kembali normal selepas 4-6 minggu.
Seperti CDD-2807, usaha untuk menawarkan YCT529 sebagai pil perancang kehamilan lelaki sedang diteruskan. -Amanz
Amanz
Mon May 27 2024
Penyelidik mendapati protein serine/threonine kinase 33 (STK33) adalah diperlukan untuk memastikan kesuburan sperma pada manusia dan juga tikus. -Gambar hiasan/Amanz
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Satu lagi pil perancang kehamilan untuk lelaki sedang dibangunkan
Penyelidik mendapati protein serine/threonine kinase 33 (STK33) adalah diperlukan untuk memastikan kesuburan sperma pada manusia dan juga tikus.