awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2

Azee Shafy
Azee Shafy
12/07/2022
00:45 MYT
Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2
Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Simpang Keratong 2, dekat Pekarangan Felda Keratong 2. -Astro AWANI
ROMPIN: Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Simpang Keratong 2, dekat Pekarangan Felda Keratong 2.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.05 petang, semalam.
Menurutnya, seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
"Dipercayai kedua-dua kenderaan bertembung di lokasi kejadian, dan kesemuanya mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
"Dalam kejadian itu, seorang wanita maut di lokasi kejadian, tiga orang lelaki dalam kereta yang sama cedera sementara pemandu lori tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi, sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#nahas kereta-treler
#Felda Keratong 2
#Zulfadli Zakaria
#Simpang Keratong 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan