Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat, mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit.
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit, yang merupakan isu alam sekitar kontroversi di Kuantan pada hujung tahun 2014.
"Apabila saya dituduh mengorek bauksit, saya telah panggil (wakil) Penjara Penor untuk ambil bauksit dan keluarkan satu tenun Diraja Pahang menggunakan warna daripada bauksit.
"Penjara Penor telah keluarkan kain itu yang saya panggil tenun bauksit..bauksit menghasilkan warna yang cantik dan saya harap warna bauksit boleh menjadi produk Pahang," titah baginda semasa berucap merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.
Untuk rekod, Penjara Penor di sini adalah antara agensi penting dalam penghasilan produk tenun Diraja Pahang, selain Penjara Bentong yang ilmu menenun kain tersebut diajar dan dihasilkan oleh banduan di situ.
Tunku Azizah seterusnya berharap penggunaan bahan alam semula jadi seperti daripada akar dan daun dalam penghasilan tenun Diraja Pahang dapat diperluaskan, yang sekali gus dilihat boleh membawa produk tekstil Pahang itu ke tahap lebih membanggakan.
Baginda juga berkenan berkongsi cerita, dalam mencari ilmu berkaitan warna dan tekstil, baginda dan rombongan telah menjelajah ke pelbagai negara antaranya ke Indonesia, Kemboja, Laos dan Thailand untuk 'mencari mereka yang pakar'.
"Saya bawa rombongan untuk pelajari teknik yang digunakan mereka, selain corak yang cantik yang boleh kita contohi. Apabila rombongan ini mengikut saya, mereka tahu ia bukanlah bercuti... dari jam 8 pagi sudah keluar dan balik hanya pada waktu malam.
"Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada tahun 2005, banyak kejayaan yang dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain yang ada," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019

Tunku Azizah berkenan merasmikan pembukaan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, malam tadi. --fotoBERNAMA

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Pasangan Cina hasilkan baju Melayu, baju kurung hanya RM50
Tahun lepas, baju jenama Pahlawanku yang dihasilkan Chee dan isterinya, Rita terjual 10,000 pasang sementara untuk tahun ini, kira-kira 20,000 pasang baju telah terhasil.

Tukang jahit manfaatkan masa PKP siapkan tempahan baju raya
PKP memberi peluang kepada tukang jahit untuk menyiapkan tempahan baju hari raya pelanggan.

Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har

Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.

ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.

Malu sangat ke berbaju Melayu?
Bentuk pakaian Melayu tidak kira untuk lelaki mahupun perempuan adalah suatu bentuk yang sangat mesra dengan tubuh badan kita.

#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.

KL2017: Lawanya baju, bangga! Netizen kagum busana Kontinjen Malaysia
Ahli kontinjen kelihatan segak memperagakan busana kebanggaan rakyat Malaysia.

Industri tekstil dahaga tenaga mahir
Tenaga mahir dalam sektor tekstil atau lebih khusus tukang jahit mahir adalah elemen penting dalam memastikan kelangsungan penawaran produk industri fesyen untuk terus berjaya.

Baju kurung: Tiada salah faham, kata pak cik pelajar
Larangan pemakaian baju kurung untuk pelajar bukan Melayu adalah kerana ia 'lebih menonjol' daripada 'pinafore' atau pakaian seragam sekolah.