TANDA pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati terutamanya apabila remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di  tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya. 

Dia kanak-kanak istimewa Sindrom Down, berusia 13 tahun dan tiada ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju di ibu negara yang diasas dan diusahakan pengasas, Siti Bainun Abd Razali. 

Namun, kes ini sekali lagi mengundang kekecewaan dan kemarahan rakyat Malaysia apabila gambar Siti Bainun diwakili 10 peguam dimuat naik di laman media sosial.

Persoalan yang sedang hangat diperkatakan, wajarkah Siti Bainun diwakili 10 peguam melawan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU)? Satu lagi persoalan yang berlegar dalam fikiran masyarakat sekarang, mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?

Kes penderaan Bella ini turut menarik perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Che Puan Khaleeda

Menerusi tinjauan yang dibuat di Instagram Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau sangat terkesan dengan nasib adik Bella yang kini dibawah jagaan pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Menurutnya, beliau akan melakukan segala yang mungkin demi mendapatkan keadilan buat adik Bella.

BACA: Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi

BACA: 

PENDERAAN BELLA TIDAK TERPERI

Ini sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh adik Bella, mengikut pendedahan saksi: 

1. Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah; 
2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain;
3. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur;
4. Disimbah air panas dengan kerap;
5. Dipaksa makan najis sendiri, kerana terlalu takut Bella akan sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan
6. Bella dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

BACA: Siti Bainun beri arahan paksa Bella makan 20 cili padi beberapa kali dalam seminggu - Saksi

Mahkamah | Bella diberi makan 20 biji cili seminggu

Ramai juga yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.

[INFOGRAFIK] Kronologi perbicaraan kes penderaan Bella

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.