Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus istiqamah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan dari dalam mahupun luar negara.
"Tidak ada apa-apa, semua macam biasa... saya mesti istiqamah pada tugas serta tanggungjawab saya sama ada sebagai Anggota Parlimen Pekan mahupun perdana menteri untuk menjaga kepentingan hampir 30 juta rakyat Malaysia," katanya.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pelbagai cabaran dan tekanan yang beliau hadapi sejak akhir-akhir ini termasuk mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Beliau ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
Kira-kira 50,000 tetamu pelbagai kaum termasuk dari Terengganu dan Kuala Lumpur menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Turut berangkat ke majlis berkenaan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda-anakanda baginda.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Mengulas tentang majlis berkenaan, Najib berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis rumah terbuka itu jelas membayangkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau.
"Terima kasih kerana telah beri sokongan yang baik selama ini. Memang hubungan saya dengan pengundi Pekan khasnya amat erat dan baik, kalau tidak mereka tidak mungkin akan datang.
"Rumah terbuka ini juga satu daripada cara saya untuk beramah mesra dengan kebanyakan mereka yang jarang saya jumpa," kata Najib.
Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi arab, kambing bakar, puding raja, dan sate di 165 gerai yang disediakan di kawasan itu.
Sebanyak 3,000 batang lemang dan 5,000 biji ketupat yang disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat di Parlimen Pekan disajikan kepada tetamu.
Selain pelbagai juadah, mereka dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datin Alyah, Ameng Spring, Azlan Typewriter dan pengacara Sharifah Shahirah serta Karl Shafiq.
Paling istimewa, mereka turut berpeluang mendengar persembahan nyanyian Tengku Abdullah dengan dendangan lagu 'Butakah Cinta' yang dipopularkan oleh kumpulan Spring.
Tengku Abdullah yang menyambut ulang tahun ke-57 keputeraan pada hari ini juga diberi kejutan dengan acara memotong kek serta nyanyian lagu ulang tahun kelahiran oleh para tetamu.
Pada majlis itu, Najib meraikan 100 bakal haji dari Parlimen Pekan dan menyampaikan sumbangan barangan kelengkapan mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Terdahulu, perdana menteria bertemu dan menyampaikan amanat kepada pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia pada majlis yang diadakan secara tertutup di Ancasa Royale di sini.
Ketibaan Najib pada pukul 10.05 pagi disambut Pengerusi Biro IT UMNO Datuk Ahmad Maslan dan beliau berada kira-kira 30 minit untuk bersama-sama dengan perwakilan yang menghadiri pemukiman itu.
Bernama
Sat Jul 30 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambai tangan kepada hadirin ketika beramah mesra pada majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan 2016 di Taman Tasik Sultan Abu Bakar. - Foto Bernama
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.