awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya besarkan keluarga dengan rezeki Ampang Park' - Pemilik Cozy Corner

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/11/2015
11:00 MYT
'Saya besarkan keluarga dengan rezeki Ampang Park' - Pemilik Cozy Corner
PEMILIK COZY CORNER: 'Saya besarkan keluarga dengan rezeki Ampang Park' - Gambar fail
Kebanyakan peniaga di Ampang Park merasa kesal apabila mengetahui kompleks membeli-belah paling lama di negara itu akan dirobohkan dan diganti dengan stesen serta laluan Transit Aliran Massa (MRT).
Rata-rata mereka berkata, premis di Ampang Park seolah-olah menjadi penyambung rezeki kepada keluarga sejak sekian lama berniaga di sana.
Pemilik kedai makan, Cozy Corner, Lim Joo Tan berkata, tapak yang sudah diduduki lebih 37 tahun itu merupakan peninggalan serta warisan kepada generasi baru keluarganya.
"Saya sudah berniaga sejak sekian lama di sini, tiba-tiba mereka memberitahu kompleks ini akan ditutup kerana mahu digantikan dengan pembangunan MRT.
"Mengapa tidak ada pihak yang memikirkan kepentingan lokasi ini sebagai tumpuan keluarga berpendapatan sederhana membeli-belah atau menjamu selera?
"Di sekeliling Ampang Park sendiri adalah lokasi untuk golongan berpendapatan tinggi. Jadi janganlah dimusnahkan tempat yang menjadi sumber rezeki saya menyara keluarga," katanya ketika ditemui selepas demonstrasi aman Selamatkan Ampang Park di sini hari ini.
Restoran Cozy Corner sendiri merupakan antara tarikan utama orang ramai ke Ampang Park selain menjadi salah satu simbol kompleks itu.
Joo Tan yang sudah berusia 39 tahun menegaskan tidak akan berpindah ke lokasi lain yang pasti menghilangkan identiti premisnya selama ini.
"Saya mahu kekal di sini. Saya pasti pelanggan setia di sini juga berpendapat yang sama," ujarnya.
Dalam pada itu, peniaga perabot, Khairi Yahya berkata, Ampang Park merupakan lokasi perniagaan bumiputera di tengah ibu kota yang harus dipertahankan.
"Disinilah tempat saya mencari rezeki sejak anak saya kecil. Tolonglah kekalkanlah Ampang Park dan jangan diganggu terutamanya apabila memikirkan fakta betapa ramai peniaga bumiputera yang meniaga berada di sekitar sini," jelasnya.
Sebelum ini, Penasihat Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park (Peniaga dan Pemilik), Dr Dzulkhaini Hussain berkata, pemilik premis pusat beli belah Ampang Park menggesa kerajaan membayar pampasan RM5 juta untuk satu lot perniagaan sekiranya cadangan pembinaan Stesen MRT Laluan Selayang-Putrajaya diteruskan.
Katanya, nilai yang ditetapkan oleh 253 pemilik premis itu setimpal dengan kerugian yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka terpaksa berpindah.
Topic Berkaitan
#Ampang Park
#kompleks beli-belah
#MRT
#Transit Aliran Massa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan