Skip to main content

Dunia

Lebih 720,000 pelajar Palestin dinafikan akses pendidikan asas

FILE PHOTO: A drone view shows damaged and destroyed buildings, destroyed in the Israeli military offensive, following a ceasefire between Israel and Hamas, in Khan Younis in the southern Gaza Strip January 24, 2025. REUTERS/Mohammed Salem/File Photo
Lebih 90 peratus bangunan sekolah dan 82 peratus universiti di Semenanjung Gaza telah musnah akibat serangan Israel. - Gambar/ Reuters
Advertisement

TUNIS: Lebih 720,000 pelajar Palestin dinafikan akses kepada pendidikan asas akibat pengeboman Israel yang berterusan, menurut akhbar harian dikawal kerajaan Tunisia, La Presse pada Isnin yang memetik Menteri Pendidikan Palestin Amjad Barham, lapor Xinhua.

Pada persidangan mengenai kanak-kanak Palestin yang diadakan di sini anjuran Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Liga Arab (ALECSO), Barham berkata lebih 90 peratus bangunan sekolah dan 82 peratus universiti di Semenanjung Gaza telah musnah.

Menteri itu mengetengahkan krisis pendidikan serius yang dihadapi kanak-kanak Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.

Beliau turut mengecam tindakan menyasarkan infrastruktur pendidikan secara sistematik dan menyatakan bahawa ribuan pos pemeriksaan tentera Israel terus menyekat pergerakan pelajar.

Ketua Pengarah ALECSO Mohamed Ould Amar menegaskan keperluan mendesak bagi kerjasama serantau dan mengumumkan bahawa pertubuhan itu akan mewujudkan pelan tindakan bersama Arab yang merangkumi mekanisme perlindungan kecemasan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement