awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya bukan individu yang didakwa di mahkamah tuduhan salah guna kuasa - Abu Bakar Abdul

Bernama
Bernama
18/02/2024
03:53 MYT
Saya bukan individu yang didakwa di mahkamah tuduhan salah guna kuasa - Abu Bakar Abdul
Abu Bakar berkata beliau berkhidmat di Panorama Melaka Sdn Bhd bermula 8 April 2020 sehingga 31 Jan 2023, manakala kes yang dibawa ke mahkamah berlaku pada 2018. - Foto BERNAMA
MELAKA: Bekas Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Datuk Abu Bakar Abdul menafikan, beliau merupakan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat lalu atas satu pertuduhan salah guna kuasa.
Beliau berkata memandangkan namanya dan tertuduh dalam kes itu hampir sama, mungkin ada pihak yang keliru dengan berita yang disiarkan Jumaat lepas.
Abu Bakar berkata beliau berkhidmat di anak syarikat kerajaan negeri itu bermula 8 April 2020 sehingga 31 Jan 2023, manakala kes yang dibawa ke mahkamah berlaku pada 2018.
“Saya menafikan diri saya terlibat dengan salah guna kuasa sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini dan mungkin ada pihak yang keliru dengan berita tersebut, sekali gus membuat pelbagai andaian memandangkan nama saya dan tertuduh hampir sama.
“Justeru saya berharap tiada lagi andaian dibuat oleh mana-mana pihak berdasarkan berita terdahulu dan tidak memperbesar-besarkan isu ini lagi,” katanya kepada pemberita di sini.
Jumaat lepas (16 Feb), Abu Bakar Jani, bekas pengurus besar Panorama Melaka Sdn Bhd sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan salah guna kuasa dengan melantik anak perempuannya memegang jawatan di syarikat sama pada Dis 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Abdul
#salah guna kuasa
#Panorama Melaka Sdn Bhd
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan