SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta mana-mana pihak tidak memperlekeh usaha kerajaan mendekati golongan belia termasuk mahasiswa.
Beliau berkata ini kerana usaha itu adalah bagi mengetahui keperluan golongan belia yang boleh direalisasikan kerajaan.
"... hari Isnin sampai Jumaat di pejabat, Sabtu Ahad di lapangan, takkan nak duduk di Kuala Lumpur, Putrajaya tak ambil peduli, mana saya nak tahu apa keluhan mahasiswa, anak muda, anak-anak tingkatan enam, politeknik... tetapi bila kita dengar mereka, tindakan diambil.
"Anak-Anak Tingkatan Enam misalnya, saya bagi contoh (ada menyatakan) 'Datuk Seri, kami ini Tingkatan Enam, bukan budak sekolah, biarlah ada cara lain sikit, aturan lain sikit.
"Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek terus umumkan (pada 13 Julai) Tingkatan Enam tidak dikategorikan sebahagian sekolah, dianggap Kolej Pra-Universiti, maknanya kita dengar," katanya ketika berucap merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa di sini hari ini.
Anwar juga berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet dengan lebih luas dan pantas di kampus untuk memudahkan proses pembelajaran.
"Saya melawat universiti dan mendengar rungutan mahasiswa yang bertanyakan 'Datuk Seri, macam mana nak belajar, sedangkan Internet perlahan?' Jadi, apabila Elon Musk bercakap dengan saya (semalam), saya bagi tahu (Menteri Komunikasi dan Digital) Fahmi (Fadzil) untuk membeli peranti Starlink dengan segera, kita akan pasang di mana sahaja universiti yang memerlukan," katanya.
Semalam, Perdana Menteri mengadakan persidangan video dengan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX Elon Musk.
Beliau berkata kerjasama Malaysia dengan Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini susulan persetujuan yang diberikan untuk melabur secara besar-besaran termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.
Anwar berkata Musk juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dan kenderaan elektrik.
"Selain itu, tentang Starlink, ia melibatkan akses kepada Internet dan kesalinghubungan, kita bersetuju (kerjasama ini) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah-sekolah dan universiti untuk mendapatkan Internet secara langsung yang murah.
"Malah Elon nyatakan dalam hal ini (Starlink), walaupun 40 (satelit) disediakan awal tapi beliau beri pengakuan sebentar tadi untuk keutamaan diberikan kepada Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Anwar menyampaikan ucapan pada perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dataran Amanjaya Mall, hari ini. - Foto BERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.