Skip to main content

Sukan

EPL: Juara bertahan tewas dengan Brighton, kekalahan terbesar Arsenal sejak 2023

Brighton players celebrate after third goal during the English Premier League soccer match between Brighton & Hove Albion and Arsenal in Brighton, England, Saturday, Sept. 19, 2026. (AP Photo/Kin Cheung)
Brighton & Hove Albion menewaskan Arsenal 0-3 di Amex malam tadi. (Foto AP)
Advertisement

KEJUTAN berlaku hujung minggu ini apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, tewas di tangan Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex malam tadi.

Selepas selesa mengumpul empat kemenangan, skuad kendalian Mikel Arteta itu terpaksa berputih mata gagal memperoleh tiga mata seterusnya, dan lebih mengecewakan tidak berjaya membawa pulang gol sagu hati.

The Gunners menjadi mangsa kedua tuan rumah yang mencipta kemenangan ke atas Manchester United dalam Piala Liga Inggeris (EFL) baru-baru ini, dan tonik berharga itu dikekalkan bagi menumpaskan Arsenal di tempat sendiri.

Untuk rekod, ini adalah kekalahan terbesar naib johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam semua pertandingan sejak 2023.

 

 

Must Watch Video

Advertisement