KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa beliau mematuhi perkara-perkara yang yang termaktub dalam Perlembagaan Yayasan Akalbudi (YAB) ketika mengendalikan dana badan kebajikan itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, meskipun YAB diasaskannya, namun dana YAB itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi.
"Dana yayasan YAB digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dibenarkan seperti mana dalam Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) atau objektif YAB.
"Saya tidak boleh menggunakan dana yayasan itu untuk kepentingan peribadi meskipun saya sendiri yang asaskan yayasan itu," katanya ketika prosiding pemeriksaan semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh di sini, pada Selasa.
Kepada soalan seorang lagi peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, sama ada Ahmad Zahid dimaklumkan bekas Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad, Chew Ben Ben mengenai tujuan penyerahan cek, beliau secara ringkasnya memberitahu, 'sumbangan politik'.
Ahmad Zaidi: Mengapa sumbangan daripada Datasonic yang Datuk Seri, terima masuk ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co dan tidak buat aktiviti politik daripada sumbangan itu?
Ahmad Zahid: Yang Arif, sebarang sumbangan politik walaupun untuk aktiviti peribadi saya sebagai ahli politik, saya masukkan ke dalam akaun Lewis & Co sebagai pemegang amanah YAB adalah untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang dibenarkan sebagaimana terdapat dalam M&A untuk tujuan atau objektif YAB.
Perbicaraan bela diri Ahmad Zahid terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi, di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
Umavathi Ramayah
Tue Aug 30 2022
Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun YAB diasaskannya, namun dana YAB itu tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
Pengawal keselamatan ditahan, kes surat palsu guna nama TPM
Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Ahmad Zahid tiba di China, hadiri GPSCFL esok
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu, China hari ini bagi lawatan kerja lima hari ke republik itu hingga 12 Sept.
Fadillah tiba di Peru untuk hadiri mesyuarat menteri-menteri tenaga APEC 2024
Timbalan Perdana Menteri Fadillah akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara.
Kematian Ismail Haniyeh kehilangan besar dunia Islam - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian pemimpin Hamas Ismail Haniyeh sebagai satu kehilangan besar buat dunia Islam.
Banci Pertanian 2024: Pengukuhan sistem statistik pertanian negara
Pelaksanaan Banci Pertanian dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi pelbagai aspek.
Kerajaan komited sokong e-sukan, cadang bina stadium khas - TPM Zahid
Kerajaan menyatakan komitmen dan sokongan terhadap industri sukan elektronik (e-sukan) termasuk berhasrat memberi pengiktirafan sewajarnya.