KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini berkata beliau telah memaklumkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai terma penyelesaian berkaitan saman yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara.
Idrus berkata mahkamah kemudiannya membatalkan tuntutan plaintif tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) menulis baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat mengenai syarat penyelesaian. Saya sudah menjawab untuk memaklumkan kepadanya syarat penyelesaian," katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
BACA: Kes saman Apandi: 'Mengapa penyelesaian harus dirahsia?' - Tun Mahathir
Semalam Dr Mahathir, menerusi hantaran di laman Facebooknya melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju dengan cara kes saman itu yang diselesaikan di luar mahkamah dan mendakwa beliau tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian walaupun merupakan saksi utama dalam kes tersebut.
"Saya menulis kepada Peguam Negara (Idrus). Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.
"Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara bagi persediaan kes saman Mohamed Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law," katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut membangkitkan persoalan sama ada pampasan perlu dibayar jika tindakan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi dibuat mengikut undang-undang.
Beliau juga mempersoalkan mengapa terma penyelesaian itu dirahsiakan kerana rakyat berhak mengetahuinya lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.
Dr Mahatir juga menegaskan tidak mengaku bersalah dan bersedia untuk tuntutan Mohamed Apandi diadili di mahkamah.
Pada 13 April lepas, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 18, 20, 21 dan 22 April 2022 untuk perbicaraan kes saman tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Idrus berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Stoking kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan Peguam Negara
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.