awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/09/2020
06:38 MYT
"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M
Dr Mahathir berpendapat, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu yang berlaku di Sri Lanka. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Permintaan mengeluarkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari senarai pengganas bukan bermakna tanda sokongan kepada pergerakan kumpulan itu, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sememangnya tidak menyokong gerakan LTTE.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu yang berlaku di Sri Lanka.
“Saya bukan kata Hamas itu pengganas. Hamas ditakrif sebagai pengganas oleh Amerika, tapi dulu pun jumpa Hamas bukan pengganas.
“Saya jumpa Ismail Haniyeh (pemimpin Hamas), kita bincang tentang perjuangan. Dia kawan dengan saya.
“Jadi itu saya nak terangkan, tak perlu cari masalah, sebab itu berlaku di Sri Lanka, tak payah ambil tindakan macam itu (gelar pengganas) melainkan kalau mereka buat bukan-bukan di Malaysia,” tegas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin Pejuang lain.
Baru-baru ini tular sepucuk surat bertarikh 12 Februari 2020 daripada Dr Mahathir kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tular di media sosial.
Kandungan surat itu ialah meminta supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas dan turut mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Langkawi itu.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam
#LTTE
#Mahathir Mohamad
#pengganas
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan