Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu sama ada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat ini akan membincangkan isu berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri.
Pengerusi PH itu berkata, beliau juga tidak akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat berkenaan.
"Saya akan menjadi pengerusi.., jadi kerusi," katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir turut mengulangi janjinya sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.
"Saya kata saya bersedia bila-bila masa nak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan.
"Janji saya, saya akan letak jawatan, apa juga keputusan yang dibuat saya akan letak jawatan selepas mesyuarat APEC," kata Dr Mahathir.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lepas dilaporkan berkata beliau cenderung agar Dr Mahathir menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak APEC dan perkara itu akan dimuktamadkan pada Jumaat ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak akan membangkitkan isu peralihan kuasa dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

Thaipusam: Pulau Pinang tetap tidak benarkan perarakan pedati
Kerajaan negeri tidak mahu penganjuran sebarang upacara yang memerlukan rakyat berkumpul atas faktor keselamatan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

Lima individu didakwa 18 pertuduhan edar dadah
Seramai lima individu termasuk ketua sindiket didakwa 18 pertuduhan mengedar dadah di sekitar Johor Bahru sejak awal bulan Januari.

NUTP | Beri keyakinan kepada guru urus PdPR
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa sehingga pembelajaran fizikal dilakukan semula kelak.

PdP | KPT komited mudahkan PdP penuntut IPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti. Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

Pegawai Imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah
Seorang pegawai imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM800,000 bagi mendapatkan cop perakuan keluar masuk negara melibatkan warga asing.

AWANI Ringkas: Anwar failkan semakan kehakiman terhadap kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam [TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1045758381611649981560/1887256_31570730741611650104455_640x360.jpg)
[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam
Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius berkenaan ancaman menggodam laman web kerajaan menerusi penularan video yang dimuat naik 'Anonymous Malaysia' dalam platform media sosial.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bantuan pasca banjir | Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) menggerakkan usaha Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa 1 ke Johor bagi membantu mereka yang terjejas di beberapa daerah di negeri itu.

Banjir | Kos RM285 juta baik pulih infrastruktur Sabah
Kos sekitar RM285 juta bagi proses baik pulih infrastruktur di Sabah akibat banjir di negeri itu menurut Ketua Menterina, Datuk Seri Hajiji Noor.

Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali
Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.

Malaysia boleh dipimpin PM wanita, tapi proses itu ambil masa - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin wanita akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Ramai takut bersuara bahawa darurat tidak perlu - Tun Mahathir
Beliau mendakwa cuba menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat demikian namun pihak yang menemuinya itu tetap berasa bimbang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Saya sihat, alhamdulillah" - Tun Mahathir
Video yang berdurasi enam saat itu sekali gus menepis khabar angin yang kononnya Dr Mahathir sedang tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Tun Mahathir kongsi pengalaman anggota keluarga dijangkiti COVID-19
Dr Mahathir turut mendedahkan salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Adakah pendaftaran Pejuang akan burukkan lagi COVID-19 di negara ini? - Tun M
Tun M berkata, apa yang Muhyiddin lakukan sama dengan apa yang beliau tuduh Najib lakukan pada PRU lepas, iaitu menghalang pendaftaran parti politik

Langkah "Gombak 10" reaksi terhadap kedurjanaan politik - Shahrir Samad
Tuntutan saman yang dibawa oleh 10 orang pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Azmin Ali dilihat sebagai tindak balas pengundi untuk menentang "kedurjanaan politik".

Darurat: Kerajaan guna nama YDP Agong, elak keputusan dicabar - Tun M
Tun M berkata, penambahan kuasa kepada Perdana Menteri tidak semestinya beri jaminan wabak COVID-19 boleh dikawal sepenuhnya di negara ini.