awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan" -Mashitah

Arfa Yunus
Arfa Yunus
26/08/2013
06:31 MYT
"Saya tawar diri bertanding untuk jawab tohmahan" -Mashitah
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding bagi merebut jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan yang akan diadakan Oktober ini.
Ketua Wanita Umno Bahagian Baling itu menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini kerana beliau berpendapat beliau mempunyai kekuatan dalam menjawab tohmahan dan dakyah yang dilontarkan oleh pembangkang termasuk parti Pas.
“Apabila berhadapan dengan ahli parti Pas, mereka banyak menggunakan isu-isu agama dan dengan kehadiran saya dalam Umno, saya yakin isu ini dapat ditangani.
“Kehadiran saya bukanlah semata-mata untuk mewakili kaum wanita sahaja tetapi juga supaya mampu berdepan dengan pihak pembangkang”.
Ditanya mengenai pemilihan jawatan Ketua Wanita Umno, Mashitah berkata beliau yakin bahawa ahli Umno akan membuat pilihan yang terbaik untuk jawatan tersebut.
“Saya percaya kehadiran saya dapat memberi nilai tambah kepada parti dengan pengalaman saya dan disamping itu, kuasa intelek merupakan satu faktor yang amat penting. Oleh itu saya berharap saya diberi peluang untuk menggalas tugas ini,” tambah beliau.
Sebelum menceburkan diri dalam politik, Mashitah merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Di peringkat akar umbi, beliau menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling setelah mengalahkan pencabarnya pada persidangan UMNO Bahagian pada 1 November 2008.
Sehingga kini, beliau masih menjadi panel pelbagai forum terutama berkaitan agama yang merupakan bidang kepakaran beliau.
Dalam Pilihan raya umum 2004 Mashitah mengalahkan Ustaz Taib Azamudden Md Taib dari PAS dengan majoriti 4,229 undi.
Topic Berkaitan
#bertanding
#Mashitah Ibrahim
#PAS
#tohmahan
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan