Tan Sri Noh Omar tidak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjelaskan, perjuangannya di Selangor merupakan amanah serta amanah yang diberi untuk rakyat negeri itu sendiri.
"Begitu juga bila saya digugurkan jadi menteri, saya digugurkan jadi menteri, saya tidak merajuk.
"Sekarang bila saya dapat 'Tan Sri', orang kata itu akhirnya kepada kerjaya politik tetapi saya kerja kerana amanah, saya kerja demi rakyat.
"Selepas itu dapat jadi menteri lagi, saya kerja keras bukan hendak jadi menteri besar. Ini ditentukan Allah dan pucuk pimpinan," katanya semasa sidang media selepas program Kempen Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba di Flat Seri Aman di sini hari ini.
BACA: Pembangkang dan fitnah berpisah tiada - Noh
BACA: Manifesto BN Selangor sedang diperhalusi - Noh
Turut hadir, Ketua BN Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tan Gim Tuan; Ketua UMNO Bahagian PJU, Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sri Aman (PPSA), Baharuddin Abdul Ghani.
Terdahulu, Noh meluluskan peruntukan sebanyak RM900,000 bagi memperbaiki lif serta peralatan pencegahan kebakaran di Flat Taman Sri Aman, serta mahu penduduk di kawasan perumahan itu menubuhkan pasukan bomba komuniti.
Katanya, misi paling penting adalah memastikan Selangor kembali ke tangan BN.
"Apa yang penting adalah untuk BN menang di Selangor dan selepas itu terpulang kepada pucuk pimpinan siapa yang akan menjadi Menteri Besar kerana bagi saya semua layak.
"Seorang pemimpin tidak harus bercita-cita memegang jawatan kerana ini akan membuatkan kita kecewa jika tidak dipilih dan akan mewujudkan rasa tidak puas hati malah akan ada perpecahan dalaman sebab itu saya kata saya tidak bercita-cita menjadi Menteri Besar," jelasnya.
Dalam pada itu, Noh menyifatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor sejak dari dahulu lagi.
"Ia kini terbukti apabila kepemimpinan PKR tidak mengusulkan namanya ketika pembangkang berjaya merampas Selangor.
"Dia jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama dua penggal, dan ketika 2013 menjadi ADUN Bukit Antarabangsa serta memegang jawatan Timbalan Presiden PKR. Sepatutnya dia jadi Menteri Besar.
"Tapi oleh kerana PKR lihat Azmin tak ada kelayakan, kredibiliti dan integriti, mereka beri pada Tan Sri Khalid Ibrahim pada masa itu," ujarnya.
Tegasnya, PKR sekali lagi tidak yakin dengan kepemimpinan Azmin dengan membuat Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
"Namun akhirnya Allah tentukan Azmin menjadi Menteri Besar di atas linangan air mata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.
Langkah Kajang dkatakan usaha untuk diadakan pilihan raya kecil di DUN Kajang pada Mac 2014, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana tidak sehaluan dengan dasar PKR.
Wan Syamsul Amly
Sun Oct 08 2017
NOH: Sekarang bila saya dapat 'tan sri', orang kata itu akhirnya kepada kerjaya politik tetapi saya kerja kerana amanah, saya kerja demi rakyat. - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.