Calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak takut untuk mengkritik syarat berkempen pada pemilihan UMNO kali ini yang disifatkannya agak ketat kerana sayangkan parti.
"Adakah UMNO tidak boleh bersuara? Parti apa tidak boleh bersuara? Saya sayangkan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan calon anggota MT dan exco pergerakan tiga sayap Umno di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.
"Inilah dia seronoknya UMNO, bila nak pemilihan kita boleh berjumpa kawan-kawan. Keluarga UMNO ini besar seluruh negara. Saya cakapkan ini adalah pandangan dan rungutan daripada bawah," katanya.
Dua hari lepas Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyifatkan sebahagian peraturan dalam pemilihan UMNO kali ini kurang bijak dan boleh membantutkan proses pemilihan.
Antara peraturan itu ialah calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan anggota akar umbi UMNO dan memperkenalkan diri, katanya.
Mohamad berkata sistem yang diperkenalkan itu sebenarnya bagus tetapi larangan dan syarat tertentu itu menyebabkan ia dikritik ramai calon.
"Tapi kalau tak boleh pergi sana, pergi sini dan tak dibenarkan untuk berjumpa cuma berjumpa macam ini saja susahlah lagipun sekarang ini pemilihan daripada akar umbi.
"Kalau kita tak pergi jumpa akar umbi macam mana dia nak kenal Mohamad bin Haji Hasan, orang Tumpat tak kenal saya. Ini tak beri peluang kepada calon," katanya.
Turut sependapat ialah calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahukan syarat itu dilonggarkan bagi memberi ruang kepada calon untuk bertemu perwakilan di peringkat akar umbi.
"Walaupun tidak dikenali tetapi ada sesuatu yang calon nak sumbang kepada parti. Kalau tidak takkan dia nak tampil menawarkan diri bertanding. Itu sebabnya saya rasa kalau bolehlah dibenarkan perjumpaan ini," kata Menteri Besar Kedah itu.
Seorang lagi calon MT, Datuk Azman Shah Omar Shah berkata calon baharu sepertinya perlu diberikan lebih ruang untuk bertemu perwakilan bagi menjelaskan matlamatnya untuk bertanding.
"Kalau menteri umpamanya semua orang kenal tetapi tidak orang seperti saya," katanya.
Beliau juga mencadangkan ketika sesi pengenalan calon, perlu dinyatakan sekali biodata calon yang bertanding pada skrin setiap kali nama diumumkan bagi memudahkan perwakilan mengenali mereka.
Calon exco Puteri UMNO, Syakima Nur Sabri turut bersetuju dan menganggap ia sebagai langkah bijak jika larangan itu dilonggarkan.
Beliau yakin jika kelonggaran itu diberikan, calon tidak akan menyalahgunakan peluang sedemikian seperti terbabit politik wang dan sebagainya.
Bernama
Sun Oct 06 2013
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
'Saya tidak takut bersuara kerana sayangkan parti' - Mohamad Hasan
Calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak takut untuk mengkritik syarat berkempen pada pemilihan UMNO kali ini yang disifatkannya agak ketat kerana sayangkan parti.