MALAYSIA
Sazali Harun dilantik Ketua Pengarah LLM yang baharu

Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.
KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.
Pelantikan itu diumumkan Nanta dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Kerja Raya hari ini.
Sazali menggantikan Datuk Mohd Shuhaimi Hassan yang telah bersara pada 8 Mei lepas.
"Tahniah kepada Tuan Ir Sazali Harun. Semoga tanggungjawab baharu ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan integriti dan membawa LLM ke tahap yang lebih ke hadapan," kata Nanta menerusi catatan di Facebooknya hari ini.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami