awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS

Bernama
Bernama
27/01/2025
14:20 MYT
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC berkata ia berkuat kuasa serta-merta dan bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja PMKS dan kontraktor kecil. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
SC dalam satu kenyataan berkata ia berkuat kuasa serta-merta dan bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil yang mengambil bahagian dalam kontrak kerajaan untuk bekalan, perkhidmatan atau pekerjaan.
"SARANA menawarkan dua pilihan pembiayaan utama iaitu pembiayaan invois yang menyokong penghantaran aliran tunai selepas kontrak dan pembiayaan untuk pelaksanaan kontrak bagi memenuhi keperluan modal kerja awal kontraktor sebelum sesuatu projek dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.
Pengendali platform P2P yang mengambil bahagian ialah Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd, B2B Finpal Sdn Bhd, Capsphere Services Sdn Bhd, Crowd Sense Sdn Bhd, P2P Nusa Kapital Sdn Bhd, FBM Crowdtech Sdn Bhd, MicroLEAP PLT, Modalku Ventures Sdn Bhd dan Moneysave (M ) Sdn Bhd.
Menerusi sokongan kerajaan untuk pembiayaan P2P seperti yang diumumkan dalam Belanajawan 2025, SARANA menyediakan alternatif berdaya maju untuk merapatkan jurang pembiayaan kritikal terutamanya untuk syarikat yang menghadapi cabaran dalam menilai pembiayaan tradisional.
Inisiatif itu membolehkan akses kepada pasaran modal menerusi pengendali platform P2P, ia juga seiring dengan Memangkin Akses PKMS dan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC) ke Pasaran Modal SC: Pelan Hala Tuju Lima Tahun (2024-2028).
Sejak SC memperkenalkan rangka kerja kawal selia P2P pada 2016, pengendali platform P2P yang berdaftar telah memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan syarikat yang diperbadankan di peringkat tempatan.
Setakat 30 September, 2024, pembiayaan P2P telah mengumpul sebanyak RM7.9 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pembiayaan
#suruhanjaya sekuriti
#PMKS
#kontraktor kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan