awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC mohon bantuan awam kesan bekas perunding unit amanah

Bernama
Bernama
08/06/2021
04:33 MYT
SC mohon bantuan awam kesan bekas perunding unit amanah
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani adalah diminta melaporkan kepada SC.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan Harani Kamarudin, bekas perunding unit amanah yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 Nov, 2020, dan beliau pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.
"SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani adalah diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau e-mel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#SC
#Harani Kamarudi
#Malaysia
#bekas perunding unit amanah
#unit amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan