awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'SD? Tak perlu komen, saya ada kerja' - PM Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/01/2024
10:26 MYT
'SD? Tak perlu komen, saya ada kerja' - PM Anwar
Anwar enggan melayan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/Astro AWANI
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Sebaliknya katanya, beliau mempunyai banyak tugasan penting yang perlu diselesaikan.
"Tak perlu komen. Saya kerja, kalau ada kes isu besar saya jawab," katanya kepada pemberita selepas Simposium Tata Kelola Baik Nasional 2024 di sini, pada Isnin.
Majlis diadakan serentak dengan peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa PN sedia untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Namun Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci terasuk mengenai jumlah yang diperolehi.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa akuan bersumpah tidak lagi sah atau relevan untuk melakukan gerakan ‘tebuk atap’ kerana adanya Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, yang mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Anwar Ibrahim
#akaun bersumpah
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan