KUALA LUMPUR: Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Dina Nadzir mengakui sebak melihat persembahan rakan-rakan yang menggantikannya pada konsert minggu keenam selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Nadzir Gulam Kadir, Ahad lalu.
Dina ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, meskipun tidak muncul di pentas GV minggu lalu namun kata-kata semangat terus menjadi penguat untuk menyambung perjuangan di pentas itu.
“Sebak hilang bapa belum reda lagi. Bila salah seorang sahabat saya tunjuk video persembahan Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom menyanyikan lagu Januari menggantikan saya pada malam itu, tak dapat saya tahan air mata ini.
“Sungguh saya terharu melihat kesanggupan mereka untuk menyanyikan lagu Januari dengan latihan di saat akhir. Saya amat hargai dan berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga rakyat Malaysia yang mendoakan arwah bapa pada malam itu.
“Insya Allah saya akan kembali ke pentas GV9. Doakan saya kuat hadapi ujian kehilangan ini,” katanya dalam nada sebak.
Kongsi Dina lagi, dia juga terkejut dengan kehadiran sahabatnya, Jaclyn (Jac) yang sanggup mengambil penerbangan pertama pada hari berikutnya selepas mendapat berita pemergian bapanya.
“Saya tidak tahu kebaikan apa yang saya pernah lakukan di dunia ini sehingga Allah SWT mengurniakan orang sekeliling yang tak henti memberi semangat agar saya terus terus kuat menjalani hari-hari mendatang tanpa bapa di sisi.
“Semalam, saya dikejutkan dengan kehadiran Jac di rumah. Bangun pagi, buka mata saya nampak Jac di rumah. Saya terkejut memandangkan dia baru selesai buat persembahan di pentas GV9, malam sebelumnya.
“Sungguh saya sebak dan terharu melihat kesanggupan Jac terbang ke Johor Bahru untuk memastikan saya berada dalam keadaan baik. Saya amat hargai kebaikannya termasuk juga rakan-rakan lain di GV9,” akhirinya.
Untuk info, bapa kepada Dina yang juga penyampai radio Sinar FM menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun akibat kanser dan masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Ahad pagi lalu.
Faida Rahim
Tue Oct 25 2022
Dina Nadzir (tengah) mengakui sebak melihat persembahan rakan-rakan yang menggantikannya pada konsert minggu keenam selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Nadzir Gulam Kadir, Ahad lalu. - Gambar/Instagram /DinaNadz
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.
GV9: Dina hampir tarik diri, sokongan orang tersayang suntik semangat
Persembahan pada minggu ketujuh dianggap terlalu istimewa buat Dina.
Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9
Lebih membuatkan Dina terharu apabila Jaclyn Victor berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru pada hari Isnin untuk memberi semangat.
GV9: Hilang fokus sewaktu rehearsal, Tok Ram 'marah' Dina Nadzir; 'Saya jerit, kenapa nyanyi teruk'
Dia memarahi Dina sebelum dimaklumkan bahawa penyanyi itu sebenarnya sedang berdepan situasi getir mengenai berita ayahnya.
Bapa Dina Nadzir meninggal dunia
Bapa kepada penyampai radio Sinar, Dina Nadzir meninggal dunia, pagi ini.