awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan

Bernama
Bernama
20/02/2023
11:10 MYT
Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.
KOTA KINABALU: Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan empat lagi lokasi panas wabak itu di Tawau selain masing-masing dua di Kota Kinabalu dan Lahad Datu serta satu di Papar.
"Jumlah keseluruhan kes denggi di Sabah setakat semalam ialah 1,685 dengan tiga kematian direkodkan.
"Daerah Sandakan mencatat jumlah tertinggi kes wabak denggi sebanyak 483 diikuti Tawau 308 dan Kota Kinabalu 270 kes," menurut kenyataan itu.
Empat lokasi panas denggi di Tawau pula ialah T832 Tg Batu Kg Pukat Laut (Jikan), Jk30 Kg Jawa Lama Jln Mansor, AP20 Taman Berjaya dan JU44 Kampung Baru Pasir Putih (Mawar) serta dua di Kota Kinabalu iaitu Kepayan Rumah Murah PH2 dan Kampung Tebobon.
Kenyataan itu juga menyebut terdapat 76 kluster wabak denggi aktif di Sabah iaitu 25 di Sandakan diikuti Tawau (20), Kota Kinabalu (12), Lahad Datu (6), Penampang (3), masing-masing dua di Putatan, Kunak dan Semporna serta masing-masing satu di Tuaran, Papar, Kudat dan Pitas.
JKNS turut merekodkan wabak denggi tak terkawal di dua kawasan penempatan di daerah Tawau serta masing-masing satu di Sandakan dan Putatan.
"Mari kita amalkan 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes, urus sampah anda dan jadilah insan bertanggungjawab bagi mencegah jangkitan denggi berbahaya ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wabak Denggi
#kes demam denggi
#Jabatan Kesihatan Sabah
#kesihatan
#nyamuk aedes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan