awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebanyak 229 cerun di Selangor dikenal pasti kritikal

Bernama
Bernama
11/11/2017
00:08 MYT
Sebanyak 229 cerun di Selangor dikenal pasti kritikal
Ean Yong Hian Wah berkata kawasan di Majlis Perbandaran Selayang mempunyai 178 cerun yang kritikal. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak 229 cerun di Selangor dikenal pasti kritikal dan memerlukan tindakan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata kawasan di Majlis Perbandaran Selayang mempunyai 178 cerun yang kritikal, Majlis Perbandaran Subang Jaya sebanyak 16 cerun; dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebanyak 13 cerun.
Selain itu katanya, terdapat sembilan cerun kritikal di Majlis Perbandaran Ampang Jaya; Majlis Perbandaran Kajang (lima); Majlis Bandaraya Shah Alam (empat); Majlis Perbandaran Klang (dua) dan masing-masing satu di Majlis Perbandaran Sepang serta Majlis Daerah Kuala Selangor.
"Bagi PBT yang menghadapi cerun kritikal berkenaan, mereka membuat pemantauan mengikut kaedah yang disyorkan Jabatan Kerja Raya dan perunding geoteknikal lain," katanya.
Sehubungan itu, PBT sedang berusaha memberdayakan Unit Cerun di jabatan masing-masing walaupun PBT tiada peruntukan khas untuk kerja-kerja membaiki cerun," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ng Sze Han (DAP-Kinrara) mengenai senarai cerun kritikal dan tindakan yang sudah diambil oleh kerajaan negeri.
Kata Yong, kekangan kewangan menyebabkan PBT terpaksa menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan Tabung Amanah (ISF) untuk menambah baik cerun kritikal selain meminjam dana daripada kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerun
#Ean Yong Hian Wah
#pbt
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan