NATIONAL
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan

Armizan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Ringkasan AI
- Jumlah Aduan Ketirisan Barang Bersubsidi: KPDN menerima 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi dari 1 Jan hingga 30 Nov, dengan minyak masak mencatatkan aduan tertinggi sebanyak 1,862 aduan.
- Kes dan Tangkapan di Sarawak: Sebanyak 127 kes ketirisan dikesan di Sarawak dalam tempoh 11 bulan, dengan 16 tangkapan dibuat, termasuk 10 di Kuching dan 6 di Miri.
- Mesyuarat Penyelarasan: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 14 Disember untuk memperkasakan penguatkuasaan di Sabah, Sarawak, dan Labuan, termasuk program pengedaran barang perlu.
Beliau menjawab soalan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu mengenai jumlah aduan terhadap penyelewengan barang bersubsidi dan jumlah tangkapan yang dibuat di Sarawak.
Mengulas lanjut, Armizan berkata dalam tempoh 11 bulan itu juga, sebanyak 127 kes telah dikesan oleh KPDN Sarawak dengan 16 tangkapan keseluruhan membabitkan 10 tangkapan di Kuching, manakala enam lagi di Miri.
Beliau berkata dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan dan memperkasakan penguatkuasaan di Sabah, Sarawak, dan Labuan, satu mesyuarat penyelarasan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, pada 14 Dis ini.
"Ini termasuklah berkaitan program pengedaran barang perlu, supaya kita dapat memastikan aspek ketirisan melibatkan penyelewengan dan penyeludupan itu dapat ditangani di kawasan-kawasan terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami