awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebar gambar Hajiji-Albert, kempen terancang cemarkan reputasi Ketua Menteri - Nizam

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2025
06:30 MYT
Sebar gambar Hajiji-Albert, kempen terancang cemarkan reputasi Ketua Menteri - Nizam
Jelas Nizam (gambar), pertemuan itu adalah mesyuarat rasmi biasa yang turut dihadiri oleh para pegawai kanan Ketua Menteri. - Facebook / NizamAbTitingan
KUALA LUMPUR: Penyebaran beberapa gambar Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Ahli Perniagaan dikenali sebagai Albert Tei sekali gus mengaitkan isu skandal perlombongan di Sabah jelas satu cubaan mencemarkan reputasi Hajiji selaku ketua menteri.
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, selaku ketua menteri dan ketua eksekutif kerajaan negeri, Hajiji bertemu dengan semua lapisan pihak berkepentingan.
Jelasnya, pertemuan itu adalah mesyuarat rasmi biasa yang turut dihadiri oleh para pegawai kanan Ketua Menteri.
Sehubungan itu, dakwanya, individu di sebalik hantaran media sosial tersebut, bersama Albert, mempunyai niat jahat untuk mengaitkan Ketua Menteri dengan Albert dan skandal perlombongan menggunakan gambar.
"Hantaran itu juga dilihat satu cubaan mempolitikkan mesyuarat biasa selain tindakan itu tidak bertanggungjawab," katanya.
Tambah Nizam, Hajiji telah bersikap telus dan meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, sambil memberi jaminan Kerajaan Negeri memberi kerjasama sepenuhnya.
"Segala tuduhan perlu dibuktikan melalui proses undang-undang dan bukan melalui kempen fitnah di media sosial," katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Isu perlombongan Sabah
#Kes Rasuah perlombongan
#Albert Tei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan