Seberang Perai bakal diisytiharkan sebagai bandaraya pada Hari Malaysia pada 16 Sept, menurut seorang anggota Exco Pulau Pinang.
Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, telah menyerahkan surat bagi pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.
Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandaraya, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.
Jagdeep Singh menjelaskan bahawa untuk diklasifikasikan sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.
Beliau berkata presiden MPSP Datuk Rozali Mohamud akan dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai sebaik sahaja memperoleh status itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Untuk diklasifikasi sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan untuk menarik pelabur. Foto Facebook Bandar Perda
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.