awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari

Bernama
Bernama
18/01/2023
23:15 MYT
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Pemandangan sekitar Muzium Budaya Borneo Sarawak pada pembukaan Borneo Cultures Museum Restaurant yang dirasmikan oleh Abang Johari di Kuching semalam. --fotoBERNAMA
KUCHING: Sarawak bakal memiliki sebuah lagi Muzium Budaya Borneo yang akan dibina di Bintulu, terletak di bahagian utara negeri ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
"Kami telah luluskan sebuah lagi muzium di Bintulu. Ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun. Ramai warga asing di Bintulu terutama di kawasan perindustrian dan ini akan menarik kunjungan orang Korea, Jepun dan lain-lain ke Bintulu untuk menikmati dan mengetahui sejarah Bintulu," katanya ketika berucap merasmikan Restoren Muzium Borneo di sini.
Mengimbau kembali bagaimana tercetusnya idea untuk mewujudkan Muzium Budaya Borneo yang ada pada masa ini, beliau berkata perancangan itu telah dibuat semasa beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan Sarawak ketika Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri.
"Kompleks muzium ini termasuk bangunan muzium lama dan muzium baharu. Selain itu kita juga mempunyai muzium semula jadi, kompleks Islam berhampiran dan restoran yang menyajikan masakan tempatan," tambahnya.
Muzium Budaya Borneo yang dibuka kepada umum sejak Mac tahun lepas merupakan sebuah muzium bertaraf dunia, direka dan dilengkapi dengan kemudahan abad ke-21.
Selain pameran artifak dan spesimen unik, muzium itu turut mempamerkan sejarah serta kehidupan masyarakat Sarawak di zaman dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#muzium budaya borneo
#Sarawak
#Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan